Tuesday, January 3, 2012

Broga!

Ekspedisi ke Broga bersama cik suami dan adik bongsuku Jah.

Ketua ekspedisi sms cik suami, jumpa dia sekian-sekian tempat pada jam 12malam. Kami pun tiba di tempat kejadian tepat jam 12am. Tapi ahli ekspedisi lain? Hmm.. gagal dikesan.

Rasanya jam 1 pagi jugakla baru kami gerak dari Tasik Permaisuri. Jumpa ahli ekspedisi kat sekian-sekian tempat, plus terlajak jalan la plak.. Parking di Broga, dan bergerak jam 3 pagi.

Sejuk gilor! Curam gilor! Tapi eksaiten sebab pagi-pagi buta kan.. what do you expect? Gelap gulite.. Jah lagi laju dari aku. Almaklumlah.. kederat orang veteran macam aku ni.. huahuahwuahwuahwau..

dan encik suami la paling banyak bantu. Harus lah kan! hehehehe

dan kami tiba di tanah lapang sikit (tak sampai 5min pendakian akan sampai puncak) jam 4 pagi, dan terus menenangkan diri. Angin dah tak sepoi-sepoi bahasa dah. Dah macam angin dari helikopter kuatnya. Sejuk bahhh!! Aku yang takde pengalaman mendaki pepagi bute tu, menggunakan suami aku untuk memanaskan badan. Sila jangan dabel meaning. Aku peluk cik suami sebab tak tahan sejuk. Sweater pun tak bawak. Tapi in the end, ketua ekspedisi bagi pinjam baju hujan dia ok! Baju hujan. But very useful walaupun tak hujan.

Dan ini gambar yang dapat aku snap dengan hp ku:

cik suami dan kawan beliau di puncak broga. Masih gelap lagi masa tu.


bersama ahli ekspedisi


Jah duduk paling kanan


Ntah apa aksi cik suami buat

baju company membuatkan saya nampak seperti mengandung. Tapi belum ada rezeki lagi. Mari doa sama-sama ye. =) (Giler kau nak gi panjat Broga tengah mengandung?)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...