Tuesday, April 19, 2011

me.. in action


Teringat zaman kanak-kanak dulu, kelab bola jaring dah full house. So, aku terpaksa carik kelab lain. Sudahnya, masuk olahraga.. yaiks! Dah la aku ni terkenal dengan gelaran "pendek" sebab tumbesaran terbantut that time.
Then bila ada ura-ura cikgu nak carik school player untuk netball, aku terus turun try out. Padahal tangkap bola pun tak reti. Tapi sebab minat, pendek pun pendek lah. Gi je try out tu. Ada rezeki, ada la kan?
Sebelum try out, cikgu suruh practice dulu. Dengan hanya melihat member main, tangkap, pause, campak, aku pun ikut.
And i'm selected! Terpilih woh!!!
Sudahnya yang panggil aku pendek tu, tak terpilih pun. Adeh. Tinggi tak menjamin kepandaian bermain kan? hehehe gelak jahat

Naik sekolah menengah pun aku secara otomatik terpilih sebagai school player.
Naik universiti pun terpilih. Tapi sayang, gambar takde.

Esok-esok aku godek-godek gambar lama.

Kalau ada.

Oh! rindu giler kat netball. Bila lagi nak main nih? Takde siapa nak panggil aku jadi jurulatih player ke? huahahahaha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...